Saturday, July 11, 2009
Dah bersawang blog ni
Dah lama tk masuk, byk kerja & tak de mood nk update blog + sakit hati kat service maxis broadband akhir2 ni.
Friday, May 15, 2009
Selamat Hari Guru 16 Mei 2009
Selamat hari guru untuk semua cikgu- cikgi seMalaysia. Especially to my friends (socarianz yang dah jadi guru), my boss "Happy teachers' day sir", my ex-teachers, sir and madam, thanks for everything.
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Nukilan: Usman Awang, 1979
Monday, April 27, 2009
Happy Birthday to me
Today is my birthday, 27 April 2009. Asyik tersilap tahun je aku isi tarikh hari ni, masa sign borang cuti one of my staff tertulis tarikh 27 April 1977. Kepada insan2, teman2 yg wish me happy birthday, thanks a lot.tak sangka dah umur2 mcm ni pun ada lagi org ingat & wish kan happy birthday.
Wednesday, April 22, 2009
Banjir kilat
Hari isnin lepas my ofis kena banjir kilat...penat badan sbb kemas sampai hari ni tak habis lagi. masa sampai ofis pagi isnin tu,heran gak ..rasanya dah 2 hari tak hujan mcm mana boleh banjir.Rupa2nya paip air kat belakang bilik mesyuarat VIP pecah.oleh sebab my ofis kat ground floor behadapan dgn bilik mesyuarat, so air tu melimpah sampai ke belakang. Antara semua bilik pejabat, my room paling teruk sebab bilik tu ada kapet, dan kapet tu dah lama. So bayangkan lah bau dia mcm market jual ikan. eeiiiii...nasib baik staff aku baik2 . Diorang sama- sama gotong royong bukakan carpet kat bilik tu...seksa gak nak buka kapet tu sbb masa pasang dulu carpet tu dah di gam kat lantai, berat sebab basah lagi,,,,dan yang paling tak tahan, dia punya bau...menusuk sehingga ke tulang hitam...Sampai kehari ni aku still tk jejak kaki lagi kat dalam bilik tu....Keadaan bilik tu lepas kapet dibuang amat2 teruk smpaikan ada staf cakap pondok jaga lagi cantik...uuwaaaa..
Thursday, April 16, 2009
Photofunia
Sekarang ni aku tgh gila buat benda ni. May be bagi org lain benda ni dah lama, tapi aku baru tau...maklumlah sering ketinggalan keretapi...sapa2 yang nk try boleh klik kat sini
Saturday, April 11, 2009
Saturday, April 4, 2009
Makan time
Sekali lagi mood rajin masak aku datang hari ni. Pagi ni aku bangun awal..pegi jogging kat tasik(walking sebenarnya)...pas tu aku terus pegi pasar pagi kat jalan jujur utk cari barang nak masak hari ni. Menu utk hari ni ayam paprik dengan sambal sardin (dah lama mengidam nak makan sardin).
Sediakan bahan-bahan dulu before masak
Jom makan......
Sediakan bahan-bahan dulu before masak
...Dah siap
Ayam masak paprik
Jom makan......
Jamuan staff
Baru- baru ni ofis aku buat jamuan untuk staf. Tahun ni kami just buat kat dalam ofis je, buat kat dewan besar, nak save bajet la katakan. Kami pilih tema retro 70an untuk jamuan kali ni. Ramai gak staf yang hadir. Semua orang enjoy. Tapi cuma satu je....ramai yg tak puas hati dengan makanan yang dihidangkan pada malam tu. Ni la gambar-gambar yang sempat dirakam pada malam tu.
Kak Non & Kak De5 dengan gaya afro
Posing before kami ke dewan besar.Kak de5 dengan baju yang aku namakan 'baju anak jin ahmad albab'..tapi tak sangka menang best dress pada malam tu...tahniah
Pak ya dengan gaya retro 70an...orang lama la katakan....
Tuesday, March 31, 2009
Makan time.....
Balik opis ari ni aku rasa tak de mood nak singgah mana2.So, kena la aku masak untuk makan malam ni.Aku buka fridge nak cari idea nak masak apa malam ni. Ternampak daging kisar yang dah lebih dari sebulan aku beli tapi still tak terusik,..tengok dalam almari spagetti pun ada. So, malam ni aku masak ringkas je....Spagetti.Lagipun tak ambik masa yang lama nak buat.
Thursday, March 26, 2009
Tetamu yang dinanti...special tribute to kak watie
Teksi yg dinaiki kak watie, walaupun tak nmpak org kat dalam tu...tapi mmg confirm tu kak watie.
Kak Watie tersenyum ayu walaupun penat 6 jam dalam bas
Hari isnin lepas tu aku rasa tak sabar nak tunggu sorang tetamu istimewa,seorang sahabat@kakak angkat yang tersayang nak datang rumah aku...sapa lagi kalau bukan kak watie...walaupun cuma 1 hari tapi aku rasa happy sangat...pagi tu aku ada bengkel kat PD tapi demi kak watie aku balik awal....to kak watie..."good luck dalam exam",moga lulus....tp kalau tk lulus pun tak pe,,,tahun depan boleh datang lg..hehehe
Sunday, March 8, 2009
Saturday, March 7, 2009
Jeng jeng jeng
Finally, berjaya gak aku create blog ni. Sebenarnya dah lama teringin nk create blog, tapi asyik tertangguh je + rasa mcm susah sgt.Tapi bila tau kakak & cik gee @ ogy cinta kita pun dah ada blog bertambah semangat la aku nak create blog ni.Maka ni lah hasilnya....Juz 4 fun.
Subscribe to:
Posts (Atom)